Beranda > Berita Terbaru, Sastra, SENI > Kumpulan Syair Melayu Pilihan

Kumpulan Syair Melayu Pilihan

Kumpulan Syair Melayu Pilihan  Kumpulan Syair Melayu Pilihan Berisi Tunjuk Ajar dan Nasehat untuk Anak.

Syair Melayu “Takwa Kepada Tuhan Yang Maha Esa,

Wahai Ananda Mustika Ayah
Dalam Beriman Janganlah Goyah
Betulkan akal Luruskan Langkah
Mohon Petunjuk Kepada Allah

Wahai Ananda Buah Hati Bunda
Berpegang teguh Kepada Agama
Beramalah Engkau Sehabis daya
Supaya Selamat dari neraka.

Syair Melayu “ Keadilan

Wahai Ananda Mustika Bunda,
Adil dan benar hendaklah bela
Jagalah sehabis daya
Supaya hidupmu beroleh Pahala.

Wahai Ananda Bunga Idaman
Kenang Olehmu ayah Berpesan
Berlaku adil Janganlah segan
Bersikap benar Jangan lah Enggan

Syair Melayu ” Bertengang Rasa”

Wahai Ananda dengarlah Petuah
Dalam bergaul janganlah meyalah
Dalam bercakap elok Lah lidah
Dalam berjalan Luruslah Langkah.

Wahai ananda dengar amanat
Tengang menengang jadikan sifat
Tolong menolong jadikan ibadat
Supaya Selamat Duni Akhirat.

Syair Melayu ” Bertanggung Jawab

Wahai Ananda permata Hkmat
Tanggung jawabmu hendaklah ingat
Berani menanggung Sebab akibat
Berani berbuat tahan Akibat.

Wahai Ananda kuatkan Iman
Tunaikan Tugas jalankan Kewajiban
Tanggung Jawabmu jangan abaikan
Supaya hidupmu diridhoi Tuhan

Syair Melayu ” Musyawarah dan Mufakat

Wahai ananda dengar amanat
Jangan sekali meninggalkan Mufakat
Elok berunding sebelum berbuat
Supaya kerjamu Jadai Selamat

Wahai ananda dengarlah syair
Duduk musyawarah Pantang Menyindir
Mufakatkan akal gunakan fikir
Supaya kerja tidak Mubazir

Syair Melayu “Menanam dan Membalas Budi

Wahai Ananda perbanyaklah Budi
Tetapi jangan minta dipuji
Ikhlas dan rela dalam memberi
Supaya Amalmu ALLah Ridhoi

Wahai Ananda Banyakkan ingat
Bertanam budi mengikut adat
Semoga Allah memberi rahmat

Syair Melayu ” Berkasih Sayang Dengan Sesama

Wahai Ananda Intan dikarang
Hiduplah engkau berkasih sayang
Janganlah suka memusuhi orang
Sifat yang buruk hendaklah Buang.

Wahai ananda dengar madah
Berkasih sayang besarlah faedah
Dalam bergaul engkau merendah
Supaya aibmu tidak terdedah

Syair Melayu. “ Keberanian

Wahai ananda buah hati ayah
Sifat berani menegakan marwah
Membela keadilan usah berlengah
Menegakan yang hak usah berkilah

Wahai ananda luruskan niat
Perangi oleh kerja maksiat
Lawan olehmu dengki khianat
Mati pun engkau berolah rahmat

Syair ” Kejujuran

Wahai ananda buah hati bunda
Hiduplah jujur jangan durhaka
Jauhkan bohong haramkan dusta
Supaya hidup tiada ternista

Wahai ananda intan pilihan
Berterus terang janganlah segan
Apa yang benar engkau katakan
Apa yang salah engkau tunjukan

Syair Melayu ” Memanfaatkan Waktu

Wahai ananda permata hati
Hitunglah waktu dengan teliti
Masa berjalan cepat sekali
Bila tak ingin hidup merugi,

Wahai ananda ingatlah pesan
Masa mudamu jangan abaikan
Manfaatkan waktu dengan amalan
Supaya selamat di hari kemudian

Syair Melayu ” Sifat Amanah dan Memegang Janji

Wahai ananda intan dikarang
Pegang kokoklah amanah orang
Kepercayaan jangan dibuang
Supaya Hidupmu dijalan terang..

Wahai ananda peliharalah janji
Keprcyaan orang jangan khianati
Taat setia sampailah mati
Supaya namanu tidak terkeji.

Syair Melayu ” Sifat Tahu Diri

Wahai Ananda pegang Amanah
Tahu diri sifat bertuah
Tahu berjalan mengatur langkah
Tahu berkata mengatur lidah.

Wahai ananda dengarlah peri
Bertuah hidup tahukan diri
Tahu dimana tempat berdiri
Tahu dimana tempat berhenti

Syair Melayu ” Sikap Rendah Hati

Wahai ananda kebanggaan bunda
Janganlah engkau mabuk dunia
Jangan silau memandang harta
Supaya hidupmu tidak menderita

Wahai ananda dengarlah petuah
Jauhi sifat sombong dan pongah
Bergaulah dengan hati merendah
Supaya hidupmu berolah berkah.

Syair “Pemaaf dan Pemurah

Wahai ananda intan dikarang
Ikhlaskan hati memaafkan orang
Dendam kesumat hendaklah buang
Hati pemurah hidupmu lapang

Wahai ananda dengar petuah
Hiduplah dengan hati pemurah
Sesama umat beramah tamah
Maaf memaafakan karena allah

Sumber ” Buku ” Tunjuk Ajar Melayu”
Karya : H. Tenas Efendi,

About these ads
  1. Rini
    4 September 2014 pukul 19:45

    Kak bisa dikasih penjelasan tentang tema , nada , amanat , dan perasaan penyair dong . Biar bisa buat aku belajar .

  2. 10 Juni 2014 pukul 15:47

    LAMPAU
    Cipt. Putu arimbawa. Denpasar jam 8.00/10-6-2014

    Masa lalu biarlah kelam biarlah berlalu dan karam
    Masa lalu bolehlah suram lambat laun akan tenggelam
    Masa lalu jangan jadikan alasan tuk mendendam
    Masa lalu tetaplah abadi sebagai sejarah silam
    Masa lalu biarlah kelabu seiring usia kan termakan waktu
    Masa lalu bisa terpuruk pastinya itu akan jadi cambuk
    Masa lalu boleh seru sebab hidup harus deru campur debu
    Masa lalu selalu duduk namun jangan sampai kau merunduk

    Berbahagialah kau pernah merasa
    sebab tak mudah tuk berpura
    banggalah kau yang pernah alami
    sebab tak mudah tuk atasi
    bersyukurlah engkau yang pernah jalani
    sebab mamfaat kau dapat hingga kuat berlari
    duduk manislah sebab jalanmu tak rubah waktu
    nikmatilah sebab kisahmu kini telah berlalu
    biarlah orang berkata apa sebab dia bukan pelaku
    usahlah kecewa karena itu pastinya akan tetap begitu
    abadilah kisah mulia masa lalumu walau sendu
    sebab kau slalu di kenang dan terukir jadi pelaku

    kini tinggal bekhayal hingga lelap dalam mimpi
    agar kisah masa lalumu tak ada yang mengulangi
    sebab pastinya kau akan iri,dengki, sakit hati
    walau itu tak mugkin terjadi lagi tuk di ulangi

  3. yoga pratama
    12 November 2013 pukul 18:50

    saya sngat suka dgn syair anda,kata-katanya menarik. .

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d bloggers like this: